Selasa, 13 Oktober 2009

Wanita

Peribadi Muslimah


wanita Islam dengan Tuhannya
wanita Islam dengan dirinya
wanita Islam dengan kedua ibubapanya
wanita Islam dengan suaminya
wanita Islam dengan anak- anak dan menantunya
wanita Islam dengan dengan jirannya
wanita Islam dengan saudara dan sahabatnya
wanita Islam sebagai pekerja professional

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang
solehah."HR Muslim

Wanita ibarat bunga... cantik indahnyapada
pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan
manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama
bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna
juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang
cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan
baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak
menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata
hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun
berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah
kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi
anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang
berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan
hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang
tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam
syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam
yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan
untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan
kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun,
matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari
redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam
syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124

Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :

"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah
mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik
dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap
isterinya." HR At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap
kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim


Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak
boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu
mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri.
Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa
malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara
diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa
yang diperjuangkan oleh wanita Barat.

Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan,
rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
muhammad fakrulrazi hj shafie, berasal dari pendang......sekarang mengajar di smk kulim, isteri siti sumaiyah abd wahab. anak najmi qayyim..family first... family first... رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bil Pengunjung